Friday, September 4, 2009

RAMADHAN KEMBALI...

Assalamualaikum wahai sahabat kengkawan semua...


Terima kasih kerana sudi menjenguk blog kengkawan yg mmg dah lama tk di update ni...sibuk macam-macam hal kan, biasalah dok kl ni, tk boleh duduk diam...ada saja keje nk dibuat..


So, bertemu lagi kita dengan bulan Ramadhan yang mulia ni...yang sempat Allah panjangkan umur untuk menikmati ganjaran dan fadhilat di bulan Ramadhan yang berganda-ganda tak terkira...kepada yang mengambil peluang yang ada, kengkawan ucapkan tahniah amat sangat kepada mereka yang beringat tu, yg dok buat-buat lupa tu, kengkawan hanya mau cakap satu je la..."sendiri mau ingatlah kan"..termasuk untuk kengkawan jgk tu...


Cuma, berdasarkan pengetahuan kengkawan la...bulan Ramadhan ini umpama bulan untuk melatih diri untuk turut sama berkongsi rasa dengan kawan-kawan yang tidak berapa nk cukup makan di mana-mana sahaja la..tk kira la kt Afrika ke, Asia ke, asalkan yang tak cukup makan...bak kata veteren...kais pagi makan pagi, kais ptg mkn ptg...gitulah gamaknya..


Tapi, kt Malaysia ni, tiap kali bulan puasa, tiap kali itu jugaklah bertambahnya gerai-gerai menjual makanan...seolah-olah makanan itu tetap ada, tk lari kemana...menahan lapar kejap jer dr jam 6 pagi hingga 720 malam...itu sahaja nilai Ramadhan di Malaysia ni..maka, manusia ni kalau dah lapar, tanah liat disalut coklat tu pun dah kira meneyelerakan...


Jadi, cara mana umat Islam nak paham rasa orang lain yg nak menjamah sesuap nasi pun payah, ini kan nak membeli belah di bazar ramadhan yang serbanika tu...nampak macam insaf la sekejap orang berlapor ni, masuk bazar ramadhan, ilang la insafnyer...emm..alahai..


Patutnya tak perlu digalakkan langsung umat Islam menjual juadah2 tu, walaupun alasan mereka dijual utk mereka yang sibuk bekerja, tak sempat nak masak...tapi, yang bekerja tu pandai la dia nak siapkan makanan dia macam mana kan, yg kita dok sibuk2 prihatin diaorang nak cari makanan apa tu, buat apa kan...sebenarnya, mereka boleh masak ala kadar untuk waktu berbuka tu, so tidaklah banyak makanan yang membazir kan, masak mana yang perlu sahaja, untuk berbuka tu pun..kalau rasa lapar lagi, masak la lepas maghrib pulak, kan lebih praktikal dan tidak membazir...


Renung-renungkan dan selamat beramalllll...hehehe..

2 comments:

  1. yang puasa tu diri yang mana, kalau tahu tiada yang akan mungkar dan membazir

    ReplyDelete